COVID-19: Selangor kekal tertinggi, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM

Umavathi Ramayah
Mei 23, 2021 19:40 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 24 kluster baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan enam daripada melibatkan kluster keagamaan.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selangor kekal mencatat bilangan jangkitan baharu tertinggi dengan 2,235 kes atau 32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Sarawak sebanyak 663 kes baharu, Kelantan (626) dan Johor (549).
Berikut adalah lima perkara penting yang dimaklumkan beliau menerusi kenyataan media, pada Ahad.
1) 6,976 kes baharu COVID-19 direkodkan, tertinggi sejak negara dilanda wabak itu.
2) Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia mencecah 512,091 kes.
3) Selangor kekal tertinggi dengan 2,235 kes baharu atau 32 peratus daripada keseluruhan kes.
4) 49 individu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.
5) 24 kluster baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan enam daripada melibatkan kluster keagamaan.
#kluster keagamaan #Kluster baharu #kes baharu #COVID-19 #Kementerian Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah
;