COVID-19: Selangor akan bina 4 pusat tahanan sementara PATI
Isabelle Leong
Oktober 2, 2020 21:39 MYT
Oktober 2, 2020 21:39 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan membuka empat pusat tahanan sementara pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha melandaikan lengkungan penularan wabak COVID-19.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata empat pusat tahanan sementara berkenaan akan dibina di beberapa lokasi yang bersesuaian.
“Ia bagi mengurangkan risiko kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan,” kata Amirudin dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, beliau juga berkata kerajaan Selangor menggalakkan masyarakat untuk sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) apabila berada di kawasan yang melibatkan ramai orang.
“Sebarang persidangan dan perhimpunan secara beramai-ramai adalah tidak digalakkan dan had maksima pada satu-satu masa adalah seramai 250 orang,” katanya.