COVID-19: Sejumlah 299,593 dos suntikan direkod pada 20 Julai - JKJAV
Astro Awani
Julai 21, 2021 10:41 MYT
Julai 21, 2021 10:41 MYT
SEMASA sambutan Aidiladha pada Selasa, Malaysia mencatat 299,593 dos pemberian vaksin.
Angka vaksin harian itu menunjukkan penurunan berbanding kadar harian pada 19 Julai.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 204,064 dos satu dan 95,529 dos kedua diberikan pada 20 Julai.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 15.07 juta.
Ia membabitkan 4.76 juta atau 14.6 peratus populasi sudah lengkapkan suntikan dua dos vaksin.
Manakala bagi dos pertama, 10.3 juta atau 31.5 peratus populasi sudah disuntik.
Selangor dan Wilayah Persekutuan catat negeri tertinggi penerima suntikan vaksin iaitu dengan sebanyak 4.14 juta untuk dos pertama dan 1.3 juta untuk dos kedua.