COVID-19: Sedikit menurun, 13,899 kes baharu hari ini

Astro Awani
September 25, 2021 16:19 MYT
Sarawak menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 2,712 kes. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 sedikit menurun hari ini berbanding semalam dengan mencatatkan 13,899 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,185,131 kes.
Sarawak menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 2,712 kes.
Ini diikuti Selangor (2,341), Johor (1,377), Kelantan (1,170) dan Perak (1,128).
Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 1,071 pesakit dan daripada jumlah itu, 601 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 18,074 kes.
Kementerian Kesihatan juga telah mengenal pasti 12 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dua kluster komuniti, dan masing-masing satu kluster pendidikan dan keagamaan.

Sehingga 25 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,899 kes (2,185,131 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,341 (670,592) Sarawak - 2,712 (196,146) Sabah - 962 (193,186) Johor - 1,377 (189,315) WPKL - 310 (184,832) Kedah - 708 (130,950)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pulau Pinang - 1,060 (125,940) Kelantan - 1,170 (109,674) Perak - 1,128 (97,960) Negeri Sembilan - 194 (96,579) Pahang - 779 (61,337) Melaka - 339 (56,765) Terengganu - 760 (52,302) WP Labuan - 5 (9,950) WP Putrajaya - 37 (6,037) Perlis - 17 (3,566)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #jangkitan #kes positif #kes baharu #Sarawak #Selangor
;