COVID-19: Saringan pandu lalu di Masjid Jamek Kuching bermula hari ini

Munirah Mudzamli
Jun 12, 2021 16:10 MYT
Pusat saringan sementara secara pandu lalu di Masjid Jamek Kuching beroperasi bermula 12 Jun sehingga 5 September 2021. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak dijadikan Pusat Saringan Sementara (PRC) COVID-19 secara pandu lalu bermula hari ini.
Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menerusi satu kenyataan memaklumkan saringan pandu lalu ini dikendalikan oleh Pusat Pakar Perubatan Normah (NMSC).
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membuat saringan, dinasihatkan untuk mengikut laluan khas yang telah disediakan.
"Pusat saringan sementara ini akan beroperasi hingga 5 September 2021 pada waktu yang berbeza.
"Jam 8.30 pagi hingga jam 3 petang pada Isnin hingga Khamis, jam 2 hingga 5 petang pada Jumaat, dan jam 8.30 pagi hingga 1 petang pada Sabtu dan Ahad," katanya.
#COVID-19 #Sarawak #masjid jamek #saringan #Pusat Pakar Perubatan Normah #Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak
;