COVID-19: Saringan di PPS hanya perlu jika terdapat kes positif, kontak rapat
Hilmi Malik
November 23, 2020 21:38 MYT
November 23, 2020 21:38 MYT
PUTRAJAYA: Saringan COVID-19 melibatkan mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) hanya dijalankan sekiranya terdapat kes positif atau kontak rapat di PPS terlibat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini KKM telah menyediakan beberapa panduan khusus bagi mangsa banjir di PPS bagi negeri-negeri yang terjejas.
"Buat masa ini kita sudah memberi panduan bagi memastikan PPS mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Tindakan itu bertujuan mengelak jangkitan dan antara langkahnya adalah menerusi penyediaan kubikel atau penghadang untuk mengasingkan mangsa dan arahan pemakaian pelitup muka," katanya dalam sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan pada Isnin.
Dr Noor Hisham menjelaskan, saringan COVID-19 tidak akan melibatkan keseluruhan PPS, namun hanya tertumpu kepada kes yang mempunyai indikasi mahupun gejala.
#SOP
#KKM
#PPS
#kes positif
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#mangsa banjir
#banjir
#Pusat Penempatan Sementara