COVID-19: Sarawak tidak catat kes baharu hari ini
Nickyson Nyambar
Oktober 21, 2020 18:00 MYT
Oktober 21, 2020 18:00 MYT
KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan medianya hari ini memaklumkan tiada kes baharu COVID-19 di negeri itu.
Jelas laporan tersebut, jumlah keseluruhan kes di Sarawak setakat ini kekal 769 kes.
“Walau bagaimanapun, terdapat dua kluster yang masih aktif di Sarawak.
"Kluster-kluster tersebut adalah Kluster Bah Arnab di Kuching dan Kluster Putra di Bintulu,” memetik kenyataan tersebut.
Tambah JPBN Sarawak, jumlah kes positif yang melibatkan Kluster Bah Arnab adalah 12 kes termasuk kes indeks. Dalam pengesanan kontak rapat yang telah dilakukan, seramai 40 individu telah disaring.
“Daripada 12 kes positif, empat kes dikesan semasa saringan pertama. Manakala, lapan kes lagi dikesan pada saringan kedua iaitu pada hari ke-10,” lapor JPBN Sarawak.
Sementara itu, Kluster Putra di Bintulu pula telah mengesan enam kes positif COVID-19 termasuk kes indeks. Daripada kes-kes tersebut, satu daripadanya didaftarkan di Selangor.
“Sejumlah 190 individu telah disaring. Keputusan buat 183 individu adalah negatif, manakala enam didapati positif melalui ujian saringan rT-PCR yang dijalankan sejak kluster ini dikesan,” ujar JPBN Sarawak.
Dalam pada itu, 12 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan pada Rabu. Lima kes masih menunggu keputusan ujian makmal.
#COVID-19
#COVID-19 di Sarawak
#Jawatnkuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
#JPBN Sarawak
#Kluster Bah Arnab
#Kluster Putra Bintulu