COVID-19: Sarawak catat penggunaan katil ICU tertinggi

Astro Awani
Oktober 29, 2021 14:05 MYT
Angka itu menjadikan merupakan angka penggunaan tertinggi di seluruh negara berbanding kadar kebangsaan iaitu 58.8 peratus. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 80.8 peratus penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 di Sarawak, dedah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Angka itu menjadikan merupakan angka penggunaan tertinggi di seluruh negara berbanding kadar kebangsaan iaitu 58.8 peratus.
Berdasarkan data dikongsi KKM, Kelantan menyumbang negeri kedua tertinggi kadar penggunaan katil ICU COVID-19 iaitu 74.2 peratus diikuti Perak (67.6 peratus); Penang (65 peratus); Lembah Klang (63.6 peratus).
Selain itu, Terengganu dengan 63.2 peratus; Johor (58.7 peratus); Melaka (56.5 peratus); Perlis (47.4 peratus); Pahang (43.2 peratus); Sabah (42.7 peratus); Negeri Sembilan (41.8 peratus); dan Kedah (39.7 peratus).
Dalam perkongsian itu, Labuan kekal mencatatkan kadar penggunaan katil ICU COVID-19 terendah 25 peratus.
Sumber Facebook kementeriankesihatanmalaysia
#penggunaan katil #katil ICU COVID-19 #Sarawak tertinggi #kadar penggunaan katil
;