COVID-19: Sarawak bersiap sedia termasuk bina hospital sementara di Kuching
Astro Awani
April 21, 2020 20:33 MYT
April 21, 2020 20:33 MYT
Kerajaan negeri Sarawak bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan termasuk membina sebuah hospital sementara untuk pesakit COVID-19 sekiranya situasi penularan wabak ini menjadi lebih serius.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara itu ada dibincangkan dalam persediaan Sarawak berhadapan dengan situasi terburuk wabak ini di negeri itu.
Bagaimanapun, kata Uggah, pihaknya sentiasa melakukan tindakan-tindakan proaktif membendung wabak itu selain mendoakan yang terbaik buat Sarawak.
"Ini merupakan jalan (situasi) yang tidak pernah kita lalui sebelum ini. Justeru kita akan lihat pada pengalaman dan program dilakukan negara lain yang sudah berjaya, kita ikut cara mereka.
“Satu daripadanya adalah menyediakan katil hospital yang mencukupi. Kuala Lumpur sudah melakukan yang terbaik dan kami merancang untuk menyediakan satu (hospital sementara) di Kuching tetapi lokasi dan jumlah katil kami akan maklumkan kemudian,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 Sarawak di Wisma Bapa Malaysia.
#COVID-19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Douglas Uggah Embas
#hospital sementara
#koronavirus
#Kuching
#Sarawak
#tindakan proaktif