COVID-19: Sampel tidak perlu dihantar ke makmal dengan kit ujian baharu

Bernama
April 16, 2020 05:16 MYT
Dr Noor Hisham berkata KKM akan menggunakan kit ujian pantas antigen tersebut untuk menguji orang ramai dan ujian PCR di makmal akan digunakan jika terdapat kes yang meragukan. - Gambar fail
Sampel COVID-19 kini tidak lagi perlu dihantar ke 43 makmal ujian saringan yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), apabila KKM membuat keputusan untuk menggunakan kit ujian pantas antigen daripada Korea Selatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana apa yang diperlukan hanya kabinet keselamatan bio dan ujian boleh dilakukan di tempat pengambilan, di klinik ataupun hospital.
"Sifat sensitif yang kita cari (untuk ujian cepat) ialah 84.4 peratus, dan spesifik untuk ujian itu ialah 100 peratus," katanya pada sidang media harian COVID-19, pada Khamis.
BACA: KKM harap kit ujian pantas dari Korea Selatan bersesuaian untuk digunapakai
BACA: COVID-19: Tambah bilangan kit pengujian, tingkat kecekapan saringan
Beliau berkata, KKM akan menggunakan kit ujian pantas antigen tersebut untuk menguji orang ramai dan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) di makmal akan digunakan jika terdapat kes yang meragukan dalam apa apa isu berkaitan.
Dr Noor Hisham menambah, KKM dijangka akan mula menggunakan kit ujian baharu itu minggu hadapan.
-- BERNAMA
#Antigen #COVID-19 #Hospital #kabinet #kit ujian #kit ujian pantas antigen #klinik #Korea Selatan #Makmal #pcr #Polymerase Chain Reaction #sampel #saringan
;