COVID-19: Sabah umum pakej rangsangan ekonomi esok

Ruzaini Zulkepli
Mac 24, 2020 21:02 MYT
Mohd Shafie berkata bantuan kepada rakyat telah dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing.
Kerajaan Sabah akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi esok bagi membantu rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19 di negeri ini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau akan mengumumkan pakej rangsangan itu selepas mesyuarat Kabinet negeri yang dijadualkan esok di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.
"Kita tahu ramai orang yang tertunggu-tunggu bila kerajaan Sabah mengumumkan pakej rangsangan itu dan esok kita akan umumkan apa pakej yang kita ada," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Keselamatan Negeri di sini, hari ini.
Pada masa yang sama, beliau berkata bantuan kepada rakyat telah dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing.
"Saya telah mengarahkan semua wakil rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing dan saya melihat kesemua wakil rakyat telah menjalankan tanggungjawab mereka," katanya.
#bantuan rakyat #COVID-19 #koronavirus #pakej rangsangan ekonomi #rakyat #Sabah #Shafie Apdal
;