COVID-19: Sabah catat kes baharu lepasi 100

Astro Awani
Jun 17, 2022 13:41 MYT
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, hanya tiga kes jangkitan melibatkan Kategori 3 hingga 5.
KOTA KINABALU: Jangkitan kes baharu COVID-19 di Sabah melepasi paras 100 dengan 115 kes baharu dilaporkan semalam.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, hanya tiga kes jangkitan melibatkan Kategori 3 hingga 5.
"Terdapat trend pertambahan jangkitan baharu di beberapa daerah termasuk daerah-daerah yang tidak mencatatkan sebarang jangkitan sebelumnya.
"Sebagai contoh, daerah Putatan yang tidak merekodkan sebarang jangkitan pada Rabu mencatat 12 kes baharu hari ini. Begitu juga di Tenom, Tambunan, Tawau, Kota Marudu dan Lahad Datu yang terkeluar daripada kumpulan ‘bebas jangkitan’ walaupun dengan jumlah kes baharu yang marginal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah Masidi, Kota Kinabalu dengan 41 kes baharu turun 11 kes berbanding jumlah kelmarin, dan Penampang juga mencatat angka jangkitan baharu yang lebih rendah dengan 12 kes (-7).
#COVID-19 #Kes baharu Sabah #jangkitan baharu #Kota Kinabalu
;