COVID-19: Rumah Emah Sungai Liam Baru di Beluru dikenakan sekatan pergerakan

Munirah Mudzamli
Januari 11, 2021 15:29 MYT
Keputusan itu dilaksanakan selepas Jabatan Kesihatan Bahagian Miri mengesan empat kontak rapat dari Kluster Pasai di kawasan tersebut.
KUCHING: Rumah Ramba ataupun Rumah Emah Sungai Liam Baru, Bakong di dearah Beluru kini menjalani sekatan pergerakan selama 14 hari.
Sumber Pejabat Residen Miri memaklumkan, keputusan itu dilaksanakan selepas Jabatan Kesihatan Bahagian Miri mengesan empat kontak rapat dari Kluster Pasai di kawasan tersebut.
Kluster Pasai yang bermula di Rumah Panjang Langi mula dikesan pada 9 Januari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Sehingga kini, kluster ini telah merekodkan 43 kes positif.
Seramai 266 individu kini sedang menjalani saringan kerana menjadi kontak rapat kepada kes manakala 148 lagi sedang menunggu keputusan saringan.
Setakat ini, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak telah meningkat kepada 1,275 kes.
BACA: COVID-19: 24 kes baharu di Sarawak, Kuching dan Sibu kini zon merah
BACA: Lapan rumah panjang di Sibu dikenakan sekatan pergerakan, 37 kes positif
#Rumah Ramba #Rumah Emah Sungai Liam Baru #Beluru #Miri #COVID-19 #Pejabat Residen Miri #Kluster Pasai
;