COVID-19: RM3 juta untuk pusat kuarantin kluster tabligh - MB Selangor
Firdaus Azil
April 1, 2020 16:17 MYT
April 1, 2020 16:17 MYT
Dana sebanyak RM3 juta akan diperuntukan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 khusus untuk operasi Stesen Kuarantin Negeri Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Sewaktu membentangkan pakej bernilai RM272 juta itu, Amirudin berkata, stesen berkenaan akan digunakan untuk penempatan kluster tabligh serta rakyat Selangor yang baru pulang dari luar negara.
“Kerajaan negeri akan menyediakan sebanyak RM3 juta untuk operasi Stesen Kuarantin Negeri Selangor yang beroperasi untuk penempatan Person Under Surveillance (individu bawah pemantauan) bagi kluster tabligh dan ketibaan dari luar negara,” katanya lagi.
Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini menyebut, Selangor merupakan negeri yang agak kritikal dari segi bilangan kes positif COVID-19, dengan beberapa daerah mencatatkan taburan jangkitan tertinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkata, kementerian itu menjangkakan beberapa kawasan di Selangor akan diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dalam kemas kini KKM pada Ahad, empat daerah di Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang telah disenaraikan sebagai zon merah.
#Amirudin Shari
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Ketua Pengarah Kesihatan
#KKM
#Kluster Tabligh
#Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2 0
#pusat kuarantin