KUALA LUMPUR:Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang, Pahang dan Perak kini melaksanakan penyusunan semula laluannya bagi mengoptimumkan sumber dan aset susulan pelbagai cabaran dan kekangan akibat penularan pandemik COVID-19.
Rapid Bus, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah penyusunan semula itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan perubahan laluan akan dibuat dari semasa ke semasa.
"Penumpang Rapid Bus akan sentiasa dimaklumkan tentang perubahan-perubahan ini," menurut kenyataan itu.
Perubahan yang dilaksanakan adalah berdasarkan kajian teliti terhadap trend data permintaan penumpang dan jumlah penumpang keseluruhan yang kian merosot, terutamanya bagi beberapa laluan yang mengalami kesan penurunan jumlah penumpang yang besar, jelasnya.
"Buat masa ini jumlah keseluruhan penumpang bagi semua laluan di bawah Rapid Bus telah susut daripada sekitar 429,000 penumpang sehari ketika sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas kepada sekitar 180,000 penumpang sehari, iaitu penurunan melebihi 58 peratus," menurut Rapid Bus.
Rapid Bus turut memaklumkan, perubahan laluan yang diumumkan sejak 19 Nov lepas dan berkuat kuasa 1 Dis turut melibatkan penggabungan, penamatan dan penyusunan semula beberapa laluan dan pengumuman tersebut turut disertakan dengan maklumat laluan alternatif bagi laluan yang telah berubah.
"Rapid Bus seperti juga syarikat-syarikat pengangkutan awam lain, tidak bebas daripada kesan impak COVID-19 yang turut mengurangkan jumlah penumpang dan hasil kutipan secara mendadak sejak pandemik ini bermula.
"Oleh itu, salah satu inisiatif yang dilakukan adalah menilai semula keseluruhan operasi laluan-laluan Rapid Bus terutamanya laluan yang mempunyai jumlah penumpang yang terlampau rendah. Kami ingin tekankan bahawa sebelum sebarang keputusan dibuat, kajian yang terperinci akan dilakukan," jelasnya.
Rapid Bus adalah pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, bas perantara Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT), perkhidmatan bas Rapid Transit-laluan Sunway, Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting.
Secara keseluruhan, Rapid Bus mengendalikan lebih 400,000 penumpang sehari pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020
![COVID-19: Rapid Bus susun semula laluan COVID-19: Rapid Bus susun semula laluan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/61567325347_BasMini.jpg)
Perubahan yang dilaksanakan adalah berdasarkan kajian teliti terhadap trend data permintaan penumpang dan jumlah penumpang keseluruhan yang kian merosot. - Gambar fail
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
![Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714475112_MahfuzOmar.jpg)
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
![Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024 Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708151368_LRT.jpg)
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
![Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708146115_AnthonyLoke.jpg)
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.
![Pengangkutan awam percuma kepada OKU Pengangkutan awam percuma kepada OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703132618_TBANTHONYLOKEjp.jpg)
Pengangkutan awam percuma kepada OKU
Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.
![Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702189773_TBLOKE.jpg)
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
![Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula Feb 2024 Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula Feb 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695809065_LRT.jpg)
Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula Feb 2024
Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula pada 29 Feb 2024.
![Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695464265_RapidBus.jpg)
Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.
![Koc tren LRT khas 'Cerita Malaysiaku' rai Hari Malaysia Koc tren LRT khas 'Cerita Malaysiaku' rai Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694601082_fahmifadziltrenl.jpg)
Koc tren LRT khas 'Cerita Malaysiaku' rai Hari Malaysia
Tren Cerita Malaysiaku dibalut khas dan dihiasi dengan visual yang memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya.
![Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668239182_LRTrapidKLRapid.jpg)
Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.