COVID-19: R-naught negara naik 1.17, Labuan tertinggi dengan 2.55

Astro Awani
Mei 21, 2021 07:06 MYT
Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan drastik.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan drastik.
Ia naik ke 1.17 pada Jumaat berbanding 1.13 hari sebelumnya.
Kadar ini menghampiri nilai tertinggi yang pernah direkodkan iaitu 1.19 pada 17 April.
Wilayah Persekutuan Labuan terus mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 2.55.
Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 ialah Terengganu, Kedah, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Ini termasuk Johor, Putrajaya, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah.
Sarawak satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #R-Naught #Labuan #kadar kebolehjangkitan #perintah kawalan pergerakan #kes positif #PKP #Putrajaya
;