COVID-19: R-naught negara kekal 1.04, Perlis tertinggi

Astro Awani
Ogos 21, 2021 04:22 MYT
Sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kekal untuk hari kelima berturut-turut.
Ia mencatat kadar 1.04 sejak Selasa.
Sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Perlis dan Sarawak mencatat kadar tertinggi dengan 1.31 diikuti Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak.
Seterusnya, Melaka, Johor, Pahang dan Selangor.
Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Putrajaya mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.
Labuan pula mencatat sembilan kes baharu.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #kes positif #purata kebangsaan #Kuala Lumpur #Negeri Sembilan #Putrajaya
;