COVID-19: R-naught negara kekal 0.88, Negeri Sembilan tertinggi

Astro Awani
Oktober 18, 2021 23:20 MYT
Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan. -Gambar fail
KADAR\ kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kekal 0.88 untuk tiga hari berturut-turut.
Namun, sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.04.
Ini diikuti Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Perlis, Kelantan, Sabah dan Johor.
Seterusnya, Terengganu, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak catat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan merekodkan dua kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #purata kebangsaan #kes positif