COVID-19: R-naught negara 0.98, dua negeri melebihi purata kebangsaan

Astro Awani
Jun 24, 2021 20:45 MYT
Nilai merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia catat trend meningkat untuk tiga hari berturut-turut.
Angka itu naik ke paras 0.98 pada Khamis berbanding 0.97 pada hari sebelumnya.
Dua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Negeri Sembilan catat kadar R-naught tertinggi dengan 1.06 dan diikuti Sarawak dengan 1.0.
Lain-lain negeri catat kadar lebih rendah dari purata kebangsaan.
Ini termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Labuan, Melaka, Kedah, Johor, Sabah, Perak dan Pahang.
Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Kelantan dan Terengganu catat kadar purata bawah 0.9
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught atau Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Negeri Sembilan