COVID-19: R-naught negara 0.97, dua negeri melebihi purata kebangsaan

Astro Awani
Jun 24, 2021 08:08 MYT
Nilai merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia kembali mencatat trend meningkat.
Ia naik ke paras 0.97 pada Rabu berbanding 0.96 pada hari sebelumnya.
Dua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan yang merekodkan R-naught tertinggi dengan 1.05, diikuti Sarawak dengan 1.0.
Lain-lain negeri mencatat kadar sama atau lebih rendah dari purata kebangsaan.
Ini termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Johor, Melaka, Perak, Sabah dan Labuan.
Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Putrajaya mencatat purata bawah 0.9.
Perlis satu-satunya negeri yang mencatatkan satu kes baharu COVID-19.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught atau Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
COVID-19 | Nilai R-Naught: Naik ke 0.97
#R-Naught #purata kebangsaan #kes positif #kadar kebolehjangkitan #COVID-19
;