KOTA BHARU: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) ketujuh di Kelantan akan dibuka sekiranya trend kes harian COVID-19 di negeri itu terus menunjukkan peningkatan.
Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob berkata, setakat ini lima PKRC sudah beroperasi di negeri itu manakala sebuah lagi akan beroperasi pada 3 Mei ini.
Beliau berkata antara lokasi sedang dikenal pasti untuk dijadikan PKRC ketujuh adalah Dewan Kebudayaan dan Kesenian Negara di Tanjong Chat, Kompleks Balai Islam, Lundang dan juga Dewan Jubli Perak, Panji.
Katanya, pemilihan penempatan PKRC perlu berdekatan dengan lokasi hospital induk COVID-19 negeri di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan juga Hospital Tumpat.
"Setakat ini dari segi pemilihan penempatan PKRC kita buka adalah tidak jauh daripada hospital induk COVID-19 dan sekiranya pesakit kategori 1 dan 2 berubah kategori, kita akan hantar ke hospital induk COVID-19 yang berdekatan," katanya kepada pemberita ketika meninjau PKRC Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian yang juga PKRC keenam di Kelantan, hari ini.
Dr Mohd Azman berkata PKRC Kampus Kesihatan USM itu adalah pusat terbaharu dan terbesar di Kelantan setakat ini yang berupaya menampung 500 pesakit lelaki.
Sementara itu, Dr Mohd Azman berkata penggunaan kapasiti lima PKRC di negeri itu telah mencapai antara 70 hingga 100 peratus.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Azman berkata keperluan PKRC agak tinggi di Kelantan kerana kediaman pesakit COVID-19 yang kebanyakannya tidak sesuai untuk menjalani Perintah Pengasingan Di Rumah (HIO).
"Setakat ini kita kenalkan juga HIO untuk pesakit COVID-19 bagi kategori 1 dan 2 yang dibenarkan berada di rumah namun perlu mempunyai ruang sesuai di dalam rumah sepanjang menjalani tempoh kuarantin.
"Namun setakat ini kita dapati masih ramai yang tidak mempunyai ruang kediaman sesuai untuk menjalani kuarantin seperti bilik dan tandas berasingan selain mempunyai kanak-kanak dan warga emas di rumah mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021

Mohd Azman melihat persiapan akhir PKRC Kota Bharu yang keenam di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian hari ini. --fotoBERNAMA
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

244 kes baharu COVID-19, tiada kematian
Daripada jumlah itu, 95.5 peratus atau 10,008 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di PKRC.

COVID-19: 383 kes baharu, lapan kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Isnin juga turun sedikit kepada 11,414 kes.

COVID-19: 509 kes baharu, satu kematian direkodkan
Kes aktif pada Sabtu juga turun kepada 12,002 kes.

COVID-19: 902 kes baharu, enam kematian dicatat
Daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

COVID-19: 1,672 kes baharu, 10 kematian dicatat
Negara juga mencatatkan 2,722 kes sembuh.

COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.

COVID-19: 2,256 kes baharu, empat kematian
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

COVID-19: 3,045 kes baharu, lima kematian
Jumlah kes jangkitan harian baharu kini mencecah 4.735 juta.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Bilangan kes baharu COVID-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import.