COVID-19: PKPD dilaksanakan di empat lokaliti di Sabah
Astro Awani
September 5, 2021 20:44 MYT
September 5, 2021 20:44 MYT
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di empat lokaliti di Sabah bermula 7 September hingga 20 September ini.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata, ia melibatkan Kampung Tetabuan di Beluran, Kampung Matagang di Keningau, Taman Pantai Lok Kawi di Papar dan Kampung Kilanas di Ranau.
Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
Sementara itu, PKPD di Kampung Buanog Matunggong di Kudat, Sabah dilanjutkan dari 7 September hingga 20 September.
Dalam masa sama, PKPD di Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dan Kampung Balung Cocos, di Tawau, Sabah ditamatkan pada 6 September, seperti yang dijadualkan.