KUALA LUMPUR :Keputusan kerajaan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun angka kes COVID-19 melonjak tinggi ketika ini dianggap satu langkah tepat.
Ini kerana, menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, pelaksanaan PKP boleh menjejaskan landskap ekonomi dan pembelajaran dalam negara.
Sebaliknya, beliau berkata, PKP seharusnya menjadi pilihan terakhir dan hanya dilaksanakan sekiranya negara tidak mampu membendung penularan dalam tempoh terdekat.
"Ada beberapa sebab. Pertama, kita dapati kes ketika ini masih localised (penularan tempatan) dan kita nampak, jika jentera kita dilakukan dengan betul dan dengan kaedah diyakini, insyaAllah kita boleh kawal.
"Kedua, rakyat pun tidak mahu PKP. Jadi, ini satu keputusan yang tepat kerana ia akan mengesani kehidupan yang lain seperti aktiviti ekonomi, pembelajaran dan sebagainya," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini, hari ini.
"PKP adalah pilihan terakhir sekiranya kita tidak mampu mengawal keadaan dalam masa dua atau tiga minggu ini.
"Buat masa ini, jentera kerajaan, penguat kuasa dan orang ramai, termasuk sukarelawan, kalau kita buat kerja seperti dahulu, kita boleh kawal dan kita tak perlu PKP," tambahnya.
Dr Zainal Ariffin pada masa sama menyokong tindakan kerajaan melaksanakan PKP Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di beberapa kawasan tumpuan kluster baharu di Sabah, Kedah, termasuk Selangor.
Katanya, berdasarkan pengalaman lepas dan di Sabah, pelaksanaan PKPDB mampu membendung penularan jangkitan yang lebih besar dalam komuniti.
"PKPDB perlu diadakan seperti di Sabah, Kedah dan mungkin sekarang ini, di beberapa tempat di Selangor, seperti Kluster Jalan Meru, kluster baharu dan daerah-daerah lain di mana kes aktifnya tinggi.
"Jadi, itu patut diadakan dan ia mampu berkesan mengelakkan jangkitan lebih besar," katanya.
Ketika ini, kerajaan melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan Penjara Alor Setar, termasuk kuarters kakitangan, selama 14 hari berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam Selasa (6 Okt).
Pada 30 Sept lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPDB mulai 29 Sept hingga 12 Okt di empat daerah di Sabah, iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.
Dalam pada itu, Dr Zainal Ariffin setuju, kelekaan dan kealpaan golongan tertentu dalam mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu telah menyebabkan tercetusnya gelombang baharu COVID-19 di negara ini.
"Sejujurnya, kita mesti setuju bahawa keadaan pada ketika ini berlaku kerana kelekaan dan kealpaan golongan tertentu mengamalkan SOP norma baharu. Kita tidak mahu ada ruang-ruang atau lubang-lubang seperti ini lagi," tambahnya.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 memberitahu, kerajaan belum bercadang melaksanakan semula PKP.
Astro Awani
Wed Oct 07 2020
PKP adalah pilihan terakhir sekiranya kita tidak mampu mengawal keadaan dalam masa dua atau tiga minggu ini, kata Dr Zainal Ariffin. - Gambar hiasan
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
Dakwaan 10,000 rakyat Malaysia jadi PATI di Thailand tidak berasas - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia menjelaskan, pihaknya yakin jumlah tersebut adalah jauh lebih kecil.
Diberhentikan kerja akibat PKP, minat kerja di hotel sudah hilang
Pada masa sekarang, gaji yang ditawarkan dilihat tidak setimpal dan ramai bekas pekerja cenderung mencari pekerjaan lain.
Polis tumpaskan kumpulan Ee lalat aktif curi kenderaan, pecah rumah
Polis tumpaskan kumpulan Ee lalat aktif curi kenderaan, pecah rumah
FINAS kemuka syarat untuk aktiviti penggambaran pada Fasa Dua PPN
Hanya produksi drama, iklan dan dokumentari yang ditangguhkan penggambaran kerana pelaksanaan PKP di bawah PPN dibenarkan untuk meneruskan penggambaran pada Fasa Dua.
IDW Design & Build tawar pakej istimewa sempena ulang tahun ke-14
Ia merupakan salah satu inisiatif syarikat tersebut bagi membantu orang ramai mendapatkan transformasi rumah idaman serta paktikal.
Penutupan sekolah: Sewa kantin dikecualikan hingga hujung tahun - KPM
Penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis di sekolah secara automatik untuk tempoh satu tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.
Sektor pembuatan hilang momentum besar, PMI susut ke paras 39.9 - IHS Markit
Indeks yang mengukur prestasi pembuatan itu terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan awal Jun.
Kenduri durian: Rashid Hasnon percaya itu video lama, akur disiasat polis
Ahli Parlimen Batu Pahat itu percaya kenduri durian itu bukan video baharu, tetapi terjadi sebelum pelaksanaan PKP.
Tidak perlu merayu, tidak perlu malu, rakyat Malaysia lancar #KempenBenderaPutih
Realitinya sekarang, yang senang jadi susah dan yang susah makin merana, dek kerana wabak COVID-19 yang mula menular di negara ini awal tahun lalu.
Air rebusan beras ganti susu untuk anak kecil
Selain air beras, terdapat juga keluarga yang terpaksa meminta susu daripada jiran serta beri susu pekat manis untuk diminum anak yang masih kecil.