COVID-19: Pfizer dan BioNTech bakal bekal 12.8 juta dos vaksin kepada Malaysia
Madiha Abdullah
November 27, 2020 17:27 MYT
November 27, 2020 17:27 MYT
KUALA LUMPUR: Pfizer Malaysia dan BioNTech SE hari ini mengumumkan perjanjian dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Malaysia untuk menyediakan 12.8 juta dos vaksin berasaskan BNR162 mRNA bagi melawan COVID-19, tertakluk kepada keputusan klinikal dan kelulusan badan kawal selia.
"Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan menganalisa ilmiah dan sumber pembuatan ke arah tujuan bersama kami untuk membawa potensi vaksin COVID-19 kepada Rakyat Malaysia secepat mungkin, " kata Luksanawan Thangpaibool, Pengurus Kebangsaan Pfizer dalam satu kenyataan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan dan kepercayaan terhadap kemampuan kami untuk membangunkan vaksin yang, kami percaya, berpotensi untuk membantu menangani ancaman pandemik global ini.
"Matlamat kami adalah mewujudkan bekalan global vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan sepantas yang boleh, " kata Sean Marett, Ketua Perniagaan dan Ketua Pegawai Komersial di BioNTech dalam kenyataan yang sama.