COVID-19: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 ditangguh

Irwan Muhammad Zain
Mac 6, 2020 13:16 MYT
PBAKL 2020 dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 5 April nanti di PWTC. - Gambar hiasan
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19, kata Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron.
Keputusan menangguhkan PBAKL 2020 dibuat dalam satu mesyuarat jawatankuasa penganjur pagi ini.
“Jawatankuasa penganjur sebulat suara putusakan untuk menangguhkan PBAKL 2020 ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
“Bagaimanapun PBAKL Online tetap diteruskan seperti yang dijadualkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
PBAKL 2020 dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 5 April nanti di PWTC.
#27 Mac #COVID-19 #mesyuarat jawatankuasa penganjur #PBAKL #penularan wabak #Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur #PWTC
;