COVID-19: Pesakit ketiga bawah 40 tahun maut tanpa kaitan penyakit lain
Nickyson Nyambar
Februari 3, 2021 23:08 MYT
Februari 3, 2021 23:08 MYT
KUALA LUMPUR : Seorang lelaki berusia bawah 40 tahun menjadi mangsa ketiga meninggal dunia akibat COVID-19 tanpa menghidap sebarang penyakit lain.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada Rabu, lelaki berkenaan berusia 31 tahun dan jenazahnya telah dibawa ke Hospital Alor Gajah, Melaka.
Kematian lelaki berkenaan menunjukkan peningkatan trend mangsa yang mati akibat COVID-19 tanpa menghidap penyakit lain. Sebelum ini, hampir semua pesakit COVID-19 meninggal dunia disebabkan mempunyai penyakit lain.
Kes pertama dilaporkan pada pertengahan Januari lalu melibatkan seorang wanita berusia berusia 32 tahun.
Menurut ahli keluarganya, pesakit menjalani kuarantin di rumah dan menunggu untuk dibawa ke hospital sebelum keadaan kesihatannya merosot sebelum disahkan meninggal dunia.
Menurut laporan, mangsa mendapat jangkitan di tempat kerja dan jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor.
Dalam kes berasingan, mangsa paling muda yang meninggal dunia akibat COVID-19 tanpa apa-apa penyakit adalah berusia 22 tahun.
Pesakit adalah merupakan seorang lelaki dan disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Cheras, Kuala Lumpur.
#COVID-19
#pandemik
#Lelaki tanpa sebarang penyakit meninggal
#KKM
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Hospital Alor Gajah Melaka