COVID-19: Perincian 5 kluster baharu, 2 babit aktiviti rentas negeri

Madiha Abdullah
Januari 10, 2021 19:27 MYT
Lima kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Sabah dan Kelantan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Lima kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Sabah dan Kelantan, menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 254 kluster.
Kluster Tapak Bina Cyber
- Melibatkan daerah Sepang, Petaling, Klang dan Hulu Langat di Selangor.
- Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
- Sejumlah 140 individu telah disaring, di mana 67 kes telah dikesan positif.
Kluster Texmile
- Melibatkan daerah Gombak di Selangor.
- Kes-kes bagi kluster telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang.
- Sejumlah 351 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif.
Kluster Jalan Sibuga
- Melibatkan daerah Sandakan di Sabah.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125,813) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021.
- Sejumlah 80 individu telah disaring, di mana sembilan kes telah dikesan positif.
Kluster Alor Durian
- Melibatkan daerah Tumpat dan Kota Bahru di Kelantan.
- Kes indeks bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri.
- Sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif.
Kluster Wakaf Lanas
- Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan.
- Kes indeks bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan rentas
negeri.
- Sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif.
#Kluster baharu #COVID-19 #rentas negeri #Sabah #Selangor #Kelantan #kluster #tempat kerja
;