COVID-19: Perak catat kadar kebolehjangkitan tertinggi pada tahap 1.32

Bernama
Mei 14, 2021 07:47 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.14, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.32.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29.
BACA SEMUA BERHUBUNG VAKSIN COVID-19 DI SINI

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.14. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/vPOV0OoIvU

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut dinyatakan ialah Kedah (1.22); Pulau Pinang (1.21); Melaka (1.18); Selangor dan Johor (masing-masing 1.17); Negeri Sembilan (1.12); Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).
Bagi negeri dan wilayah yang mencatat bacaan di bawah satu pula ialah Putrajaya (0.99); Sarawak (0.98); Kelantan (0.94) dan Sabah (0.89).
-- BERNAMA
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #Twitter #Kedah #pulau pinang #Negeri Sembilan #Selangor #Johor