COVID-19: Pengurusan sisa klinikal masih terkawal - Dr Noor Hisham
Hasimi Muhamad
Mei 25, 2020 19:10 MYT
Mei 25, 2020 19:10 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pertambahan pembuangan sisa klinikal susulan pandemik COVID-19 masih terkawal di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, proses tersebut dijalankan oleh pihak pengurusan sokongan di KKM berdasarkan garis panduan yang sedia ada.
“Jadi mungkin dalam pengumpulan atau pertambahan sisa klinikal ini pada musim cuti mungkin kurang sikit pekerja mereka, tetapi saya rasa perkara ini adalah perkara biasa.
“Mereka boleh laksanakan sisa klinikal itu dengan baik dan setakat ini kita tidak ada masalah pun dari segi pengurusan sisa klinikal,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan pembuangan sisa klinikal meningkat kepada 27 peratus pada Mac berbanding 17 peratus pada Februari.
Peratusan itu juga lebih tinggi berbanding purata tahun sebelumnya, dengan pembuangan sisa terbabit meliputi sarung tangan, penutup mulut dan hidung serta pakaian daripada pusat kesihatan dan klinik, meningkat susulan wabak berkenaan.
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#sisa klinikal