COVID-19: Penduduk di zon hijau mula alpa - Dr Noor Hisham
Hasimi Muhamad
April 25, 2020 17:09 MYT
April 25, 2020 17:09 MYT
Sikap leka dan ambil mudah masyarakat dibimbangi boleh menyebabkan peningkatan kembali kes jangkitan COVID19 dalam kalangan masyarakat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan kebimbangan terhadap sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat termasuk di kawasan zon hijau.
"Penduduk zon hijau juga sudah mulai ambil mudah situasi tiada kes baharu dilaporkan dan ini semestinya merisaukan Kementerian Kesihatan.
“Virus COVID-19 adalah musuh kita bersama, namun harus diingatkan bahawa kelalaian dan sikap ambil mudah masyarakat pula adalah sekutu kepada virus ini.
“Masyarakat juga perlu mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain di samping mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun,” katanya dalam sidang media harian di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan selama lebih dua minggu.
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#Perlis