COVID-19: Pendaftaran vaksin kanak-kanak, remaja dibuka
Sinar Harian
Julai 21, 2021 04:52 MYT
Julai 21, 2021 04:52 MYT
KUALA LUMPUR: Pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.
Perkara itu disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu.
Katanya, pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.
"Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19," katanya.
Tular di aplikasi WhatsApp sebelum ini bahawa pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak mula dibuka.
Ia diikuti beberapa langkah untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga membuat pendaftaran terhadap tanggungan mereka.
Artikel asal di Sinar Harian: Pendaftaran vaksin kanak-kanak, remaja dibuka
#Kanak-kanak
#vaksin
#remaja
#MySejahtera
#suntikan
#COVID-19
#CITF
#pendaftaran penerimaan vaksin
#Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#pelajar