COVID-19: Pelaut tidak dibenarkan tukar anak kapal di pelabuhan Malaysia
Bernama
Mac 26, 2020 04:51 MYT
Mac 26, 2020 04:51 MYT
Semua pelaut tanpa mengira kewarganegaraan adalah tidak dibenarkan untuk membuat pertukaran anak kapal (sign-on/off) di mana-mana pelabuhan di Malaysia, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Dalam notis kepada pemilik kapal, ejen perkapalan, nakhoda, pelaut, pengusaha pelabuhan, badan yang diiktiraf dan industri maritim, Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan tindakan itu dikecualikan sekiranya pelaut di atas kapal tersebut memerlukan pemindahan perubatan atau pelaut di atas kapal telah memiliki gejala ketara COVID-19 dan mendapat pengesahan oleh JLM tentang pelabuhan yang dibenarkan.
Aktiviti pertukaran anak kapal disebabkan oleh perkara-perkara itu hanya dibenarkan sekiranya kapal yang terlibat, beroperasi tidak mengikut keperluan dokumen keanggotaan selamat dan hanya pelaut Malaysia sahaja dibenarkan untuk sign-on.
Selain itu, untuk pemindahan perubatan, pemilik kapal, nakhoda atau ejen hendaklah menghubungi Pusat Komunikasi Maritim (Puskom) melalui talian +603-3169-5233/5201 untuk mengaturkan pelabuhan pemindahan yang sesuai.
-- BERNAMA
#anak kapal
#COVID-19
#dokumen
#gejala
#Jabatan Laut Malaysi
#kapal
#koronavirus
#pelabuhan
#pelaut
#perubatan
#tukar anak kapal