COVID-19: Pelaksanaan PRU akan dinilai Jawatankuasa Pengurusan Pandemik - SPR
Asyraf Roslan
Januari 8, 2021 20:41 MYT
Januari 8, 2021 20:41 MYT
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) semasa penularan COVID-19 akan dinilai untuk melihat sama ada ia sesuai atau tidak untuk dijalankan.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, perkara tersebut akan dinilai oleh Jawatankuasa Pengurusan Pandemik.
Jawatankuasa terbabit terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi yang berkaitan.
Tambahnya lagi jawatankuasa ini akan membuat penilaian risiko dan akan mengemukakan syor kepada kerajaan sama ada pelaksanaan PRU itu sesuai atau sebaliknya.
Dapatkan berita-berita berkaitan COVID-19 di sini
Ikuti perkembangan berita Politik Malaysia di sini.
Mengikut rekod semasa, Malaysia mencatakan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,027 pada Khamis.
Dan terbaharu Malaysia mencatatkan sebanyak 2,643 kes dengan 16 kematian yang merupakan rekod kematian paling tinggi setakat ini.
[INFOGRAFIK] Gelombang ketiga kes COVID-19 semasa PKPB
#pilihan raya umum
#COVID-19
#PRU
#KKM
#Majlis Keselamatan Negara
#Kementerian Kesihatan
#pandemik
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya