COVID-19: Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula esok
Umavathi Ramayah
Januari 24, 2021 16:04 MYT
Januari 24, 2021 16:04 MYT
KUALA LUMPUR: Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup sementara mulai esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP memberitahu, penutupan itu ia adalah selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.
"Operasi akan ditutup sehingga dimaklumkan kelak," katanya di sini, pada Ahad.
Kenyataan itu turut memaklumkan yang kakitangan itu sedang menjalani rawatan dan pada masa yang sama KKM sedang melakukan pengesanan kontak.
Ekoran itu katanya, semua kakitangan KWSP cawangan itu akan menjalani ujian saringan COVID-19 dan sekiranya positif akan dikuarantinkan selama 10 hari.
Sehubungan itu, kenyataan itu menasihati pencarum supaya melaksanakan transaksi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan.
Dalam pada itu, pejabat KWSP Sibu akan dibuka semula mulai esok selepas ditutup sejak 13 Januari lalu.
#KWSP
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#ditutup sementara
#pengesanan kontak
#Saringan COVID-19
#KWSP Sibu