COVID-19: Pasar Datuk Keramat diarah tutup 7 hari
Astro Awani
Julai 7, 2021 12:26 MYT
Julai 7, 2021 12:26 MYT
KUALA LUMPUR: Pasar Datuk Keramat di ibu kota diarah tutup tujuh hari bagi tujuan sanitasi.
Ia susulan kes jangkitan COVID-19 dikesan di premis itu.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi notis yang dikongsikan di akaun Facebooknya berkata pasar berkenaan akan ditutup mulai Khamis ini hingga 14 Julai depan.
"Sehubungan itu, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di pasar itu pada tarikh yang dinyatakan.
"DBKL juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan ini."