COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac

Bernama
Mac 8, 2021 04:45 MYT
Anggota bomba dan penyelamat negeri Johor Bahru dan pekerja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melakukan kerja-kerja sanitasi di Pasar Borong Pandan. -Bernama
JOHOR BAHRU: Pasar Borong Pandan di Kangkar Tebrau di sini sekali lagi ditutup bermula pukul 11 malam ini sehingga 14 Mac berikutan terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan peniaganya.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Aman Rabu ketika dihubungi Bernama sebentar tadi mengesahkan perkara itu.
Menurutnya langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.
Pasar itu akan beroperasi semula selepas selesai kerja-kerja sanitasi.
Pada 24 Januari lepas, pasar berkenaan turut ditutup kerana insiden yang sama.
--BERNAMA
#Pasar Borong Pandan #Kangkar Tebrau #Aman Rabu #kes positif #COVID-19 #penyakit berjangkit #Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
;