COVID-19: Panik anggota perubatan di hadapan Maybank TTDI? Ini cerita sebenar

Fareez Azman
Oktober 7, 2020 17:32 MYT
Video berdurasi 13 saat memaparkan dua anggota perubatan berpakaian perlindungan diri dihadapan cawangan Maybank Taman Tun Dr Ismail. - Foto: Media Sosial
KUALA LUMPUR: Susulan tular sebuah video menunjukkan beberapa kakitangan perubatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) di hadapan Maybank Taman Tun Dr Ismail, ibu negara.
Jurucakap Maybank Berhad ketika dihubungi menjelaskan bahawa tiada kes COVID-19 berlaku di cawangan bank berkenaan.
Sebaliknya, anggota perubatan itu tersalah lokasi yang sepatutnya ke tempat lain susulan terdapat laporan orang pengsan.
Video berdurasi 13 saat itu tular menunjukkan dua anggota perubatan sedang menunggu di hadapan pintu bank terbabit. Turut kelihatan, sebuah ambulans Pusat Perubatan Universiti Malaya di hadapan bank itu.
Walaupun tersalah lokasi, tindakan pantas anggota perubatan itu patut dipuji bagi memastikan setiap laporan diterima dapat diambil tindakan segera.
#Maybank #perubatan #COVID-19 #panik #bank #Maybank TTDI #cemas #Salah lokasi
;