COVID-19: Nilai Rt turun ke 0.95, Sarawak tertinggi

Astro Awani
September 7, 2021 22:15 MYT
Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatat kadar R-naught di bawah purata kebangsaan.
KUALA LUMPUR: Malaysia terus merekodkan trend menurun dalam kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19 bagi purata seminggu.
Pada Selasa, kadar Rt negara turun kepada 0.95 berbanding 0.96 hari sebelumnya.
Bagaimanapun, sebanyak 11 negeri/wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.18, diikuti Johor (1.09), Terengganu (1.09), Perak (1.03), Pulau Pinang (1.02), Kelantan (1.02), Perlis (1.01) dan Pahang (1.01).
Ini diikuti Kedah (0.98), Sabah (0.97) dan Putrajaya (0.95).
Sementara itu, Melaka (0.92), Selangor (0.88), Kuala Lumpur (0.81) dan Negeri Sembilan (0.81), mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan pula mencatat 4 kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#kadar kebolehjangkitan #COVID-19 #R-Naught #kes positif