COVID-19: Nilai R-naught negara meningkat 1.02, Perak tertinggi

Astro Awani
April 3, 2021 06:21 MYT
Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 1.02 pada Sabtu berbanding 0.97 hari sebelumnya, kata Dr Noor Hisham.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 1.02 pada Sabtu berbanding 0.97 hari sebelumnya.
Nilai ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.5.
Negeri dan wilayah yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1 ialah Perak, Pahang, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Sarawak dan Melaka.
Sementara itu, negeri yang mempunyai kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1 adalah Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Perlis menjadi satu-satunya negeri yang mempunyai sifar kes COVID-19.
Sebanyak lima buah negeri dan wilayah mencatatkan kadar RT melebihi purata kebangsaan.
Kadar kebolehjangkitan kebangsaan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan PKP mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
#COVID-19 #kebolehjangkitan #R-Naught #Malaysia #PKP #Dr Noor Hisham Abdullah #Perak
;