COVID-19: Nilai R-Naught meningkat kepada 1.06, Terengganu tertinggi
Hafizi Rosli
April 12, 2021 09:03 MYT
April 12, 2021 09:03 MYT
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan, sejak pelaksanaan PKP mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 1.06, setakat Ahad.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.3 berbanding 1.03, Sabtu lalu.
Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi adalah Terengganu dengan 1.56.
Manakala negeri lain yang melebihi angka 1.0 adalah Putrajaya (1.34), Sabah (1.21), Kelantan (1.15), Sarawak (1.08), Perak (1.07), Kedah (1.06),
Perak dan Kuala Lumpur masing-masing dengan (1.05) dan Selangor dengan (1.02).
Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mempunyai kes COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan negara bakal mencapai kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught COVID-19 kurang 1.0 menjelang Mei depan.
#Noor Hisham Abdullah
#KKM
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#R-Naught
#kebolehjangkitan
#kadar kebolehjangkitan
#PKP