COVID-19: Nilai R-naught meningkat 1.14, Perak tertinggi

Astro Awani
Mei 14, 2021 00:31 MYT
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19 di Malaysia mencatat peningkatan dua hari berturut-turut.
Ia meningkat kepada 1.14 pada Khamis berbanding 1.13 pada hari sebelumnya.
Perak mencatatkan nilai Rt tertinggi dengan 1.32.
Manakala antara negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi melebihi angka 1.0 adalah Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur
Sementara itu, Putrajaya, Sarawak, Kelantan dan Sabah merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.
Labuan dan Perlis pula masing-masing mencatatkan 4 dan sifar kes baharu COVID-19.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kes positif #perintah kawalan pergerakan #PKP #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Perak