COVID-19: Nilai R-naught kekal 0.86, Putrajaya tertinggi

Astro Awani
Oktober 8, 2021 23:30 MYT
12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (R0) di Malaysia kekal pada nilai yang sama selama tiga hari berturut-turut.
Pada Jumaat, nilai R0 negara kekal berada pada paras 0.86.
Pada masa sama, sebanyak 12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Putrajaya mencatatkan R-naught tertinggi dengan 1.11, diikuti Perlis (1.08), Negeri Sembilan (0.99), Terengganu (0.98), Melaka (0.97), Kelantan (0.97), Pahang (0.95), Kuala Lumpur (0.88), Sarawak, Perak, Kedah dan Selangor (masing-masing 0.87).
Sementara itu, Pulau Pinang (0.83), Johor (0.82) dan Sabah (0.82) mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan merekodkan dua kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac dan yang tertinggi 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#R-Naught #kadar kebolehjangkitan #COVID-19 #Putrajaya