PUTRAJAYA: Meskipun sudah lebih setahun Malaysia berdepan pandemik COVID-19, masyarakat masih gagal untuk memahami keperluan sekatan pergerakan, yang bertujuan untuk mengekang risiko penularan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata, tindakan segelintir orang awam di Putrajaya cuba membolos sekatan jalan raya (SJR) dengan merosakkan penghadang jalan, 'blinker', membuka laluan alternatif serta memandu secara lawan arus, selepas 10 jalan bersempadan Selangor ditutup sejak pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, pada 1 Jun.
"Kita dapati laluan alternatif dibuat penduduk tinggal bersempadan Putrajaya seperti Dengkil untuk masuk pusat pentadbiran.
"Di Jalan 7G menghala masuk Putrajaya Sentral, kita dapati banyak kenderaan melawan arus untuk keluar ke arah Puchong, kerana jalan keluar telah ditutup.
"Sekatan di beberapa jalan namun orang awam masih mencari ruang untuk memudahkan perjalanan dan melepasi SJR yang ditetapkan.
"SJR bukan bertujuan menyusahkan orang ramai, tetapi mengurangkan risiko penularan dan melindungi kawasan daripada jangkitan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas melakukan tinjauan di beberapa kawasan yang masih menjadi laluan keluar masuk orang awam ke Putrajaya dari kawasan bersempadan Selangor, antaranya Dengkil, Puchong, Bangi dan Kajang, di sini hari ini.
Selain itu Mohd Fadzil berkata, tinjauan di Taman Cabaran Presint 5 mendapati, 'laluan tikus' di sempadan Tanah Perkuburan Presint 20 mendapati, motorsikal dan penunggang perkhidmatan penghantaran makanan mencari laluan terdekat untuk memasuki Putrajaya, serta berlakunya perbuatan vandalisme terhadap penghadang jalan dan 'blinker' yang dipecahkan, kerana rasa kurang puas hati dengan penutupan jalan.
Beliau berkata, tindakan orang awam itu boleh disiasat di bawah Seksyen 269/270 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan cuai atau jahat yang mungkin menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.
Mohd Fadzil berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya telah mengeluarkan sebanyak 16 kompaun sejak sekatan pergerakan penuh dilaksanakan pada 1 Jun, di mana pada Jumaat sebanyak tujuh kompaun kerana merentas negeri dan daerah tanpa surat sah dan kebenaran, dan semalam enam saman trafik terhadap individu memandu melawan arus.
Beliau berkata, SJR di empat lokasi mendapati kesesakan berikutan 10 jalan susur keluar Putrajaya ditutup, dan ini menunjukkan tindakan itu wajar dalam membolehkan pemeriksaan lebih rapi di SJR, serta memastikan pergerakan keluar masuk orang awam lebih terkawal dengan surat kebenaran rasmi dan urusan kecemasan.
Empat lokasi SJR statik di Putrajaya terletak di Lebuh Sentosa menghala keluar ke Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil (Presint 5), Pintu 2A Persiaran Utara menghala keluar ke Hospital Serdang (Presint 12) dan Pintu 3 Persiaran Utara menghala keluar ke Puchong (Presint 9).
Mohd Fadzil meminta penduduk Putrajaya dan orang awam supaya bersabar sehingga 14 Jun ini, serta memahami keperluan penutupan jalan dan SJR, dalam usaha membendung risiko penularan COVID-19 sekali gus memutuskan rantaian jangkitan.
Beliau turut melahirkan rasa kesal, atas tindakan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan yang menggunakan laluan khas untuk petugas barisan hadapan di SJR, untuk mengelakkan sekatan dan mempercepatkan perjalanan.
Katanya polis tidak menghalang orang awam memasuki Putrajaya, namun perlu menunjukkan surat kebenaran rentas yang sah, serta menasihati kakitangan jabatan dan agensi kerajaan yang bukan tergolong sebagai petugas barisan hadapan, untuk merancang perjalanan dengan baik dan mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021
Meskipun sudah lebih setahun Malaysia berdepan pandemik COVID-19, masyarakat masih gagal untuk memahami keperluan sekatan pergerakan. -Gambar fail/BERNAMA
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.
Dua lelaki rempuh SJR dikejar sejauh 36 kilometer
Suspek turut melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu isyarat menyebabkan kenderaan tersebut berpusing satu kali.
Video tular anggota trafik kasari lelaki di SJR, polis buka Kertas Enkuiri Polis
Polis Pulau Pinang membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi menyiasat secara terperinci kejadian seorang anggota trafik mengasari seorang lelaki di sekatan jalan raya (SJR), di Bukit Mertajam.
Dua lelaki sorok 408.26 gram dadah dalam kereta dicekup
Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 31 tahun ltu ditahan dalam sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di susur masuk Tol Kuala Terengganu.
Tahanan imigresen lolos: Polis tubuh Pasukan Cantas, buru baki 171 PATI
Pihak IPK Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing menubuhkan enam 'Pasukan Cantas' bagi memburu baki 171 tahanan yang masih lagi bebas.
Lelaki cuba lari daripada SJR sudah ditahan
Lelaki berusia dalam lingkungan 31 tahun tersebut dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.
Tuang air ketum atas jalan
Dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 40an itu didapati membawa air ketum dalam tiga botol.
JPJ laksana Ops Sedar bermula esok, kesan kenderaan tiada insurans
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula esok bagi memantau pemilik kenderaan yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan motor.
PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok
PDRM akan melaksana Sekatan Jalan Raya (SJR) di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.
Aktiviti rentas negeri mungkin disalah guna sesetengah pihak - Ketua Polis Kedah
Polis Kedah akan meningkatkan operasi khususnya di kawasan pintu sempadan susulan kebenaran aktiviti rentas negeri dan pembukaan sektor ekonomi yang memungkinkan kelonggaran ini disalah guna.