KOTA BHARU: Masjid Muhammadi di sini diarah tutup kepada jemaah awam selama dua minggu bermula esok hingga 31 Mei ini selepas didapati berlaku penularan wabak COVID-19 dalam kalangan jemaah masjid itu.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Zulkifle Ab Rahman berkata arahan itu dibuat atas saranan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu bagi membendung penularan wabak berkenaan.
"Sehubungan itu MAIK mengambil inisiatif untuk menutup masjid ini kepada jemaah awam selama dua minggu bermula esok," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu, hanya 13 petugas masjid yang terdiri daripada imam, bilal, siak dan pengawal keselamatan dibenarkan berjemaah setelah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif daripada wabak berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 16 2021
![COVID-19: Masjid Muhammadi Kota Bharu diarah tutup dua minggu COVID-19: Masjid Muhammadi Kota Bharu diarah tutup dua minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621163853_MasjidMuhammadi.jpg)
Masjid Muhammadi diarah tutup kepada jemaah awam selama dua minggu bermula esok hingga 31 Mei ini selepas didapati berlaku penularan wabak COVID-19 dalam kalangan jemaah masjid itu. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Agong tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi Agong tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61529032809_agong.jpg)
Agong tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi bersama kira-kira 5,000 jemaah.