COVID-19: Malaysia catat 27,831 kes, rekod paling tinggi setakat ini

Astro Awani
Februari 16, 2022 10:32 MYT
Daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini, sebanyak 27,734 (99.65 peratus) adalah kategori 1 dan 2. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Negara mencatat kes harian paling tinggi pada Rabu dengan 27,831 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini, sebanyak 27,734 (99.65 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Manakala selebihnya sebanyak 97 kes (0.35 peratus) dalam kategori 3,4 dan 5.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,180 orang, daripada 3.04 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Oleh itu, 16 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 27,831 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes. pic.twitter.com/31OmMeZQtq

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif paling tinggi #Kementerian Kesihatan Malaysia #varian omicron