COVID-19: Malaysia catat 22,262 kes positif baharu, dengan Selangor 7,011 kes

Astro Awani
Ogos 21, 2021 08:07 MYT
Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi bilangan kes iaitu sejumlah 7,011 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Negara mencatatkan sejumlah 22,262 lagi kes harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam, sekali gus membawa angka keseluruhan kes positif kepada 1,535,286 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi ciapan terkini di Twitternya pada Sabtu, Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi bilangan kes iaitu sejumlah 7,011 kes, diikuti Sabah (2,651 kes), Sarawak (1,964 kes), Kedah (1,880 kes) dan Johor (1,558 kes).
Semalam, Malaysia mengesahkan kes harian tertinggi pada angka 23,564 kes sejak pandemik bermula.

Kedah - 1,880 (79,888) Pulau Pinang - 1,459 (69,341) Kelantan - 1,039 (64,553) Perak - 946 (57,080) Melaka - 882 (44,078) Pahang - 664 (37,682) Terengganu - 495 (27,626) WP Labuan - 9 (9,769) WP Putrajaya - 41 (5,081) Perlis - 38 (1,293)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham mengesahkan 18,576 lagi individu kembali pulih dan ini menolak naik jumlah kes sembuh pada 1,260,470.
Dengan pertambahan kes harian, kes aktif dalam negara kini mencecah angka 260,880 dengan seramai 1,035 pesakit berada di dalam unit rawatan rapi dan 513 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Status Terkini #COVID19, 21 Ogos 2021 Kes sembuh= 18,576 Jumlah kes sembuh= 1,260,470 Kes baharu positif= 22,262 (40 import) Jumlah positif= 1,535,286 Kes kematian= 223 Jumlah kes kematian= 13,936 Kes dirawat di ICU= 1,035 Bantuan alat pernafasan= 513 pic.twitter.com/ynLl1lDnru

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jumlah nyawa korban akibat COVID-19 masih melebihi 200 hari ini dengan pertambahan 223 lagi kes korban, menjadikan jumlah angka kematian adalah 13,936.
Melihat kepada kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat 20 Ogos, seramai 18 juta telah menerima suntikan dos pertama dan 12.4 juta individu sudah menerima dos kedua.
Ini membawa jumlah pemberian dos satu dan dos kedua vaksin COVID-19 adalah sebanyak 30,370,403 setakat ini.
#COVID-19 #Malaysia #KKM #jangkitan #kes baharu