COVID-19: Malaysia catat 20,837 kes baharu, Sabah melonjak 3,376 kes
Astro Awani
Ogos 24, 2021 15:09 MYT
Ogos 24, 2021 15:09 MYT
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sejumlah 20,837 lagi kes harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus menjadikan angka keseluruhan kes positif kepada 1,593,602 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 4,645 kes.
Ini diikuti Sabah (3,376), Pulau Pinang (2,054), Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284) dan Perak (1,242).
Dalam pada itu, negara turut melaporkan pertambahan sebanyak 211 kematian baharu menjadikan angka kumulatif sebanyak 14,553 kes.
Manakala jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 18,613 dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,316,336 kes.
Ketika ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 1,063 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 511 kes memerlukan bantuan pernafasan.