COVID-19: Malaysia catat 2,888 kes baharu, 11 kematian

Eton Khir
Januari 9, 2022 14:56 MYT
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,786,219.
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 2,888 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,786,219.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 11 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,655 kematian.
Jumlah itu juga termasuk dua kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Pada 9 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,888 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,786,219 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, 248 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 117 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 2,714 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,714,614.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.8 peratus atau 2,852 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.2 peratus atau bersamaan 36 kes.
Dalam pada itu, satu kluster baharu turut dikesan dengan 172 kluster masih lagi aktif sementara 5,987 kluster telah diisytiharkan tamat.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Malaysia #kesihatan
;