COVID-19: Malaysia catat 12,366 kes baharu, namun hanya 0.4 peratus kategori 5

Astro Awani
Julai 20, 2021 16:33 MYT
Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia kembali merekodkan angka lebih 12,000 apabila 12,366 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia kembali merekodkan angka lebih 12,000 apabila 12,366 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehubungan itu, jumlah kes kumulatif COVID-19 di Malaysia kini ialah 939,899.
Bagaimanapun, menurut statistik dikongsikannya, hanya 0.4 peratus atau 52 kes hari ini, berada dalam kategori 5 yang mendapat jangkitan paru-paru dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 0.3 peratus atau 33 kes pula kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen); 0.8 peratus atau 93 kes kategori 3 (jangkitan paru-paru).
Majoriti kes iaitu sebanyak 59.3 peratus atau 7,327 kes adalah pesakit kategori 1 tanpa gejala manakala 39.2 peratus atau 4,861 kes kategori 2 (gejala ringan).
Dr Noor Hisham berkata, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian dengan 5,524 jangkitan.
Jangkitan baharu di negeri-negeri lain pula ialah Kuala Lumpur dengan 1,580 kes, Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701) dan Sabah (657).

Sehingga 20 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 12,366 kes (939,899 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 5,524 (332,347) WPKL - 1,580 (100,752) Johor - 793 (80,347) Sabah - 657 (76,453) Sarawak - 351 (71,952) Negeri Sembilan - 970 (63,339) pic.twitter.com/J2m3jPnFaQ

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, angka kematian baharu akibat COVID-19 negara merekodkan 93 kes, menjadikan jumlah kumulatif adalah 7,241 kes.
Kes sembuh pada Selasa pula adalah 7,567 kes menjadikan jumlah kes yang sembuh sepenuhnya ialah 798,555 kes.
Katanya, seramai 924 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 448 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 133,703.

Status Terkini #COVID19, 20 Julai 2021 Kes sembuh= 7,567 Jumlah kes sembuh= 798,955 Kes baharu positif= 12,366 (8 import) Jumlah positif= 939,899 Kes kematian= 93 Jumlah kes kematian= 7,241 Kes dirawat di ICU= 924 Bantuan alat pernafasan= 448 pic.twitter.com/G0MA89X13b

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #Malaysia #kes baharu
;