COVID-19: Mahasiswa diberi Wristband Tag dan Stay Home Notice

Syafik Shukri Jalil
April 30, 2020 17:49 MYT
Mahasiswa tempatan di negeri Sarawak yang bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing akan dipasangkan dengan Wristband Tag dan notis Stay Home Notice. FOTO: BERNAMA
Mahasiswa tempatan di negeri Sarawak yang bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing akan dipasangkan dengan Wristband Tag dan notis Stay Home Notice.
Perkara ini difokuskan terutamanya kepada mereka yang bergerak dari kawasan zon merah dan zon kuning menuju ke kawasan zon hijau.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi sidang media harian JPBN di Kuching pada Khamis.
Katanya langkah itu diambil bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di kawasan-kawasan zon hijau.
BACA: Sarawak tambah 18 buah hospital saring COVID-19
“Mereka akan diambil sampel pada hari ketujuh dan sekiranya keputusan adalah negatif, mereka akan diminta untuk terus kekal di rumah sehingga tamat tempoh 14 hari,” katanya.
Kumpulan pertama melibatkan 127 mahasiswa dari beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta mula bergerak pulang ke Sibu sebelum menuju ke kampung halaman masing-masing pada. Khamis
Keseluruhan proses perjalanan diuruskan oleh pihak pengurusan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Sementara itu, Sarawak hari ini mencatatkan satu lagi kematian menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 17 kes.
Antara lain lima kes positif terbaharu turut dicatatkan menyaksikan kelima-lima kes dari daerah Kuching dan 53 kes Person Under Investigation (PUI) turut dilaporkan hari ini.
#AWANI Sarawak #COVID-19 #ipta #ipts #Kuching #PUI #Sarawak #Unimas #zon hijau #zon kuning #zon merah
;